Suara kekasihku! Lihat, datanglah dia melompat melepasi gunung-gunung, melonjak melangkau bukit-bukit. Kekasihku seumpama kijang atau rusa jantan muda. Lihat, dia berdiri di balik dinding kita, mengamat-amati melalui jendela, mengintip-intip melalui tingkap kekisi. Bertuturlah kekasihku dan berkata kepadaku, “Bangunlah, oh sayangku, Juitaku, marilah! Lihatlah, musim dingin sudah berlalu, hujan sudah teduh dan telah pergi. Bunga-bunga menampakkan diri di bumi, masa berdendang telah tiba, kedengaran kini kicauan burung tekukur di bumi kita. Pokok ara mulai berputik, dan semerbaklah bau pokok anggur yang berbunga. Bangunlah, marilah, sayangku, jelitawanku, marilah! Wahai merpatiku di celah-celah bukit batu, di persembunyian pada terjal-terjal gunung, biarlah aku tatap parasmu, biarlah aku dengar suaramu, kerana merdu suaramu dan elok parasmu.
Baca Kidung Agung 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kidung Agung 2:8-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video