“Semoga TUHAN memberkati kamu, anakku,” kata Boas. “Terbukti, berbanding dengan kebaikanmu yang terdahulu, lebih baik perbuatan baik kamu kini, kerana kamu tidak mencari lelaki yang lebih muda sama ada dia kaya atau miskin. Maka, usah khuatir, wahai anakku. Semua yang kamu minta itu akan kulaksanakan; kerana semua orang di kota ini memang tahu bahawa kamu seorang perempuan yang berbudi pekerti. Memang benar, aku kerabatmu yang dekat, tetapi masih ada seorang anggota kerabat yang lebih dekat daripada aku. Malam ini, diamlah kamu di sini sahaja. Esok pagi, baguslah jika orang itu mahu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menebusmu. Tetapi jika dia enggan, demi TUHAN yang hidup, aku akan menebus kamu. Sekarang, tidurlah sahaja di sini sampai pagi.” Maka tidurlah Rut di situ dekat kaki Boas. Awal pagi esoknya, Rut sudah bangun agar tidak dilihat orang kerana Boas ada berkata, “Jangan sampai orang tahu bahawa seorang perempuan datang ke tempat pembantingan ini.” Tambah Boas lagi, “Hulurkanlah dan bentangkanlah selendang kamu itu.” Lalu Rut menghulurkan selendangnya. Boas menuang enam sukatan barli ke dalam selendang yang dijadikan buntil itu lalu meletakkannya ke atas bahu Rut. Kemudian Boas beredar dari situ menuju ke kota.
Baca Rut 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Rut 3:10-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video