Maka jawab Rut, “Janganlah mendesak aku meninggalkan atau berpaling daripada mengikut ibu kerana ke mana-mana pun ibu tujui aku akan ikut dan di mana-mana sahaja ibu menumpang di situ jugalah aku menumpang. Kaum ibu itulah kaumku dan Allahmu ialah Allahku; dan di mana-mana sahaja ibu mati, di situ jugalah aku mati dan dikuburkan. Semoga beginilah kiranya yang dilakukan TUHAN kepadaku, malahan lebih lagi, jika apa-apa pun selain maut memisahkan aku dan ibu.” Apabila sudah jelas kepada Naomi betapa kuat tekad Rut untuk ikut bersama-samanya, dia berhenti menghalang Rut mengikutinya. Maka berjalanlah kedua-duanya sehingga mereka tiba di Betlehem. Ketika mereka memasuki kota raya itu, gemparlah seluruh kota itu dan para warga perempuan berkata, “Naomikah ini?”
Baca Rut 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Rut 1:16-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video