Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok. Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut. Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, laut atau pokok-pokok hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah kita.”
Baca Wahyu 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Wahyu 7:1-3
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video