Setelah itu, aku mendengar suara orang yang amat banyak di syurga berseru lantang, “Haleluya! Penyelamatan dan kemuliaan dan kuasa bagi Allah kita! Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil, kerana Dia telah menghakimi pelacur besar yang telah mencemarkan dunia dengan perzinaannya; dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Nya!” Mereka berkata lagi, “Haleluya! Asap api yang membakarnya naik menjulang selama-lamanya!” Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!” Kemudian kedengaran suara dari takhta berkata, “Pujilah Allah kita, hai kamu sekalian hamba-Nya dan orang yang takut akan Dia, baik yang kecil mahupun yang besar!”
Baca Wahyu 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Wahyu 19:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video