Tuhan, Engkaulah tempat kami menetap turun-temurun. Sebelum gunung-ganang diwujudkan atau Engkau membentuk bumi dan dunia, dari selama-lamanya hingga selama-lamanya, Engkau ialah Allah.
Baca Mazmur 90
Kongsi
Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun — dan jika kerana kekuatan usia kami mencapai lapan puluh tahun; tiada kemegahannya kecuali penat lelah dan sedih pilu, kerana sebentar sahaja nyawa pun diragut lalu kami melayang pergi. Siapa yang tahu akan kuasa kemarahan-Mu? Kerana seperti ketakutan kepada-Mu, demikianlah kemurkaan-Mu. Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana. Kembalilah, ya TUHAN! Berapa lama? Berikanlah belas kasih kepada hamba-Mu. Segera limpahkan kasih setia-Mu kepada kami, supaya kami bergembira dan bersukacita seumur hidup. Biarlah kami bersukacita sama panjangnya dengan masa kami Kauazabkan, tahun-tahun kami menemui kedurjanaan. Biarlah perbuatan-Mu dilihat oleh hamba-hamba-Mu, dan kemuliaan-Mu oleh anak-anak mereka. Dan biarlah berkat Tuhan, Allah kami, turun ke atas kami; dan meneguhkan kerja tangan kami — ya, meneguhkan kerja tangan kita.
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 90:1-2, 10-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video