Apabila aku memikirkan bagaimana hendak memahami ini, terlalu pedih bagiku hingga aku masuk ke tempat suci Allah; barulah aku mengerti tujuan mereka. Sesungguhnya, Engkau membawa mereka ke tempat-tempat licin; Engkau menghumbankan mereka ke dalam kemusnahan. Oh, betapa mereka ditimpa malapetaka, seperti dalam sekelip mata, mereka ketakutan! Seperti mimpi apabila seseorang terjaga, demikianlah, ya Tuhan, apabila Engkau terjaga, Engkau akan meluat akan bentuk mereka. Oleh itu, hatiku pilu dan fikiranku risau, Aku begitu bodoh dan jahil; aku seperti seekor binatang di hadirat-Mu. Namun demikian, aku sentiasa bersama-Mu; Engkau memegang tangan kananku. Engkau akan memandu aku dengan bimbingan-Mu, dan kemudian menerimaku ke dalam kemuliaan. Siapa yang ada untukku di syurga melainkan Engkau? Dan tiada siapa di bumi yang kuingini selain Engkau. Tubuh dan hatiku layu, tetapi Allah kekuatan hatiku dan untukku selama-lamanya. Kerana sesungguhnya, mereka yang jauh daripada-Mu akan binasa; Engkau telah memusnahkan kesemua mereka yang meninggalkan-Mu untuk melacurkan diri. Tetapi sungguh baik bagiku mendekati Allah. Aku telah menjadikan Tuhan ALLAH tempat aku bernaung; supaya aku dapat mengisytiharkan semua hasil kerja-Mu.
Baca Mazmur 73
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 73:16-28
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video