Tetapi aku tetap berdoa kepada-Mu, ya TUHAN, pada masa yang Kauredai; Ya Allah, dengan limpah kasih-Mu, dengarlah rayuanku demi kebenaran penyelamatan-Mu. Selamatkanlah aku daripada perangkap lumpur, jangan biarkan aku tenggelam; selamatkan aku daripada mereka yang membenciku, dan daripada air yang dalam. Jangan biarkan ombak melemaskan aku jangan biarkan aku terbenam ke dasar laut atau lubang kubur menelanku. Dengarlah rayuanku, ya TUHAN, kerana kasih-Mu sungguh besar; berpalinglah kepadaku demi limpah belas kasihan-Mu. Jangan sembunyikan wajah-Mu daripada hamba-Mu; kerana aku dalam kesusahan, segeralah kabulkan doaku. Dekatilah aku, selamatkan aku; lepaskan aku daripada musuhku. Engkau tahu bagaimana aku dicela, dimalukan dan dihina; musuhku semuanya berada di hadapan-Mu. Celaan mematahkan hatiku dan aku menanggung kepiluan; kucari orang yang kasihan, tiada seorang pun kutemui, kucari orang yang melipurkan, tidak kujumpai. Mereka memberi aku hempedu untuk dimakan dan apabila aku dahaga, mereka memberiku cuka untuk diminum.
Baca Mazmur 69
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 69:13-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video