Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku. Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan. Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan — seperti dinding yang miring dan pagar yang hampir rebah. Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta. Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati. Sela Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya. Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat. Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah. Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku; curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Allah Pelindung kita. Sela
Baca Mazmur 62
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 62:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video