Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku. Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan. Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan — seperti dinding yang miring dan pagar yang hampir rebah. Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta. Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati. Sela Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya. Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat. Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah.
Baca Mazmur 62
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 62:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video