Kepada-Mu, ya TUHAN, kuserahkan jiwaku; Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku malu, janganlah biarkan musuhku menewaskan diriku. Sesungguhnya, janganlah biarkan sesiapa yang menantikan-Mu menanggung malu, biarlah yang dimalukan itu mereka yang berbuat khianat tanpa sebab. Tunjukkanlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, ajarkanlah aku mengikut jalan-Mu; bimbinglah aku kepada kebenaran-Mu dan ajarlah aku, kerana Engkaulah Allah Penyelamatku, Engkau kunantikan sepanjang waktu. Ingatilah, ya TUHAN, belas kasihan-Mu yang lembut mesra, kerana segalanya dari zaman dahulu. Janganlah ingati dosaku di usia muda dan keingkaranku; ingatilah aku dengan kasih-Mu, demi kebaikan-Mu, Ya TUHAN.
Baca Mazmur 25
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 25:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video