Mazmur 18:1-32

Mazmur 18:1-32 AVB

Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku. TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku; Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, maka aku pun diselamatkan daripada musuhku. Seksa maut telah mengepungku; curahan banjir kebinasaan mengerikanku. Seksa alam kubur melilit aku, rahang jerat maut mendesak aku. Dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN; aku meraung kepada Allahku. Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya; raunganku sampai kepada pendengaran-Nya. Maka bumi pun gempa dan gementar, tapak bukit-bukau bergegar dan bergoncang; kerana Dia murka. Asap naik dari hidung-Nya, dan api daripada mulut-Nya menghanguskan, dan bara menyala keluar daripada-Nya. Dia menekuk langit lalu turun, kelam pekat ada di bawah kaki-Nya. Dia terbang mengenderai malaikat kerubin; Dia melayang di sayap angin. Dia menjadikan kegelapan di lelangit di sekeliling-Nya: diselubungi timbunan air kelam dan awan tebal di udara. Daripada cahaya di hadapan-Nya awan tebal berlalu, dengan hujan batu dan arang yang menyala. TUHAN mengguntur dari langit; Yang Maha Tinggi memperdengarkan panah suara-Nya. Dia melepaskan anak-anak panah-Nya sehingga musuh bertempiaran, Dia memancarkan kilat sabung-menyabung lalu menumpaskan mereka. Maka saluran di dasar lautan terserlah dan asas bumi terdedah akibat kemurkaan-Mu, ya TUHAN, dan hembusan hebat nafas-Mu. Dia menghulurkan tangan-Nya dari langit, Dia menarikku keluar daripada pelbagai bencana yang menenggelamkan. Dia menyelamatkanku daripada musuhku yang kuat, daripada mereka yang membenciku, kerana mereka terlalu perkasa bagiku. Mereka menyerangku ketika aku dalam kesusahan, tetapi TUHAN menolongku. Dia membawaku ke tempat yang luas; Dia menyelamatkanku kerana Dia berkenan kepadaku. TUHAN memberiku ganjaran kerana aku melakukan yang benar; Dia menggantikan deritaku dengan rahmat kerana tanganku bersih daripada dosa. Kerana aku telah mengikut jalan TUHAN; dan tidak menyeleweng daripada Allahku dengan melakukan kejahatan. Segala hukum-Nya ada di hadapanku sebagai panduan; dan aku tidak mengetepikan ketetapan-Nya. Di hadirat-Nya aku tidak bercela dan aku mengatasi kejahatan dalam diriku. Maka TUHAN memberiku ganjaran kerana aku melakukan yang benar, kerana Dia tahu tanganku bersih daripada dosa. Kepada orang yang berbelas kasihan, Engkau memperlihatkan belas kasihan-Mu, kepada orang yang tidak bercela, Engkau memperlihatkan diri-Mu tidak bercela, kepada orang yang suci Engkau memperlihatkan kesucian-Mu, kepada orang yang menipu Engkau memperlihatkan kearifan-Mu. Engkau menyelamatkan orang yang rendah diri tetapi akan menundukkan orang yang angkuh. Engkau, ya TUHAN, akan menyalakan lampuku; TUHAN, Allahku akan menerangi kegelapanku. Dengan kekuatan daripada-Mu aku dapat melawan musuh yang ramai; dengan kekuatan daripada Allahku aku dapat melompati tembok. Jalan Allah itu sempurna; firman TUHAN terbukti benar. Dialah perisai pelindung semua yang bernaung kepada-Nya. Tiada Allah melainkan TUHAN, tiada Batu Pejal melainkan Allah kita. Allah yang memberiku kekuatan berjuang dan menjadikan jalan hidupku sempurna.

Imej Ayat untuk Mazmur 18:1-32

Mazmur 18:1-32 - Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku.
TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku;
Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung.
Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku.
Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,
maka aku pun diselamatkan daripada musuhku.
Seksa maut telah mengepungku;
curahan banjir kebinasaan mengerikanku.
Seksa alam kubur melilit aku,
rahang jerat maut mendesak aku.
Dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN;
aku meraung kepada Allahku.
Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya;
raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.
Maka bumi pun gempa dan gementar,
tapak bukit-bukau bergegar dan bergoncang; kerana Dia murka.
Asap naik dari hidung-Nya,
dan api daripada mulut-Nya menghanguskan,
dan bara menyala keluar daripada-Nya.
Dia menekuk langit lalu turun,
kelam pekat ada di bawah kaki-Nya.
Dia terbang mengenderai malaikat kerubin;
Dia melayang di sayap angin.
Dia menjadikan kegelapan di lelangit di sekeliling-Nya:
diselubungi timbunan air kelam dan awan tebal di udara.
Daripada cahaya di hadapan-Nya awan tebal berlalu,
dengan hujan batu dan arang yang menyala.
TUHAN mengguntur dari langit;
Yang Maha Tinggi memperdengarkan panah suara-Nya.
Dia melepaskan anak-anak panah-Nya sehingga musuh bertempiaran,
Dia memancarkan kilat sabung-menyabung lalu menumpaskan mereka.
Maka saluran di dasar lautan terserlah
dan asas bumi terdedah akibat kemurkaan-Mu, ya TUHAN,
dan hembusan hebat nafas-Mu.
Dia menghulurkan tangan-Nya dari langit,
Dia menarikku keluar daripada pelbagai bencana yang menenggelamkan.
Dia menyelamatkanku daripada musuhku yang kuat,
daripada mereka yang membenciku, kerana mereka terlalu perkasa bagiku.
Mereka menyerangku ketika aku dalam kesusahan,
tetapi TUHAN menolongku.
Dia membawaku ke tempat yang luas;
Dia menyelamatkanku kerana Dia berkenan kepadaku.
TUHAN memberiku ganjaran kerana aku melakukan yang benar;
Dia menggantikan deritaku dengan rahmat kerana tanganku bersih daripada dosa.
Kerana aku telah mengikut jalan TUHAN;
dan tidak menyeleweng daripada Allahku dengan melakukan kejahatan.
Segala hukum-Nya ada di hadapanku sebagai panduan;
dan aku tidak mengetepikan ketetapan-Nya.
Di hadirat-Nya aku tidak bercela
dan aku mengatasi kejahatan dalam diriku.
Maka TUHAN memberiku ganjaran kerana aku melakukan yang benar,
kerana Dia tahu tanganku bersih daripada dosa.
Kepada orang yang berbelas kasihan, Engkau memperlihatkan belas kasihan-Mu,
kepada orang yang tidak bercela, Engkau memperlihatkan diri-Mu tidak bercela,
kepada orang yang suci Engkau memperlihatkan kesucian-Mu,
kepada orang yang menipu Engkau memperlihatkan kearifan-Mu.
Engkau menyelamatkan orang yang rendah diri
tetapi akan menundukkan orang yang angkuh.
Engkau, ya TUHAN, akan menyalakan lampuku;
TUHAN, Allahku akan menerangi kegelapanku.
Dengan kekuatan daripada-Mu aku dapat melawan musuh yang ramai;
dengan kekuatan daripada Allahku aku dapat melompati tembok.
Jalan Allah itu sempurna;
firman TUHAN terbukti benar.
Dialah perisai pelindung semua yang bernaung kepada-Nya.
Tiada Allah melainkan TUHAN,
tiada Batu Pejal melainkan Allah kita.
Allah yang memberiku kekuatan berjuang
dan menjadikan jalan hidupku sempurna.Mazmur 18:1-32 - Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku.

dan menjadikan jalan hidupku sempurna.