Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru, dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak. Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka. Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian; biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi. Kerana TUHAN berkenan akan umat-Nya; Dia akan memahkotai mereka yang rendah hati dengan penyelamatan. Biarlah orang warak berbahagia dalam kemuliaan; biarlah mereka menyanyi gembira di tempat tidur. Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka dan pedang bermata dua di tangan mereka, untuk membalas perbuatan bangsa-bangsa dan menghukum kaum-kaum, untuk mengikat raja-raja mereka dengan rantai, dan orang bangsawan mereka dengan belenggu besi, untuk menjalankan ke atas mereka penghakiman yang tersurat. Kehormatan ini dimiliki seluruh umat-Nya yang warak. Pujilah TUHAN!
Baca Mazmur 149
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 149:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video