TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku. Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN daripada meletakkan keyakinan kepada manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN daripada percaya kepada raja-raja.
Baca Mazmur 118
Kongsi
Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau telah menjawabku; dan telah menjadi penyelamatanku. Batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru; Ini perbuatan TUHAN, sungguh menakjubkan di mata kita. Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya. Selamatkanlah sekarang, aku berdoa, ya TUHAN; ya TUHAN, aku berdoa, hantarlah kemakmuran.
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 118:6-9, 21-25
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video