Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa, perbuatan-Nya kepada kaum Israel: TUHAN penuh belas kasihan dan kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya. Dia tidak sentiasa memarahi kita, dan tidak menyimpan kemarahan-Nya untuk selama-lamanya; Dia tidak memperlakukan kita berdasarkan dosa kita dan tidak menghukum kita setimpal dengan kesalahan kita. Kerana sebagaimana tingginya langit di atas bumi, demikianlah limpah kasih-Nya kepada orang yang takut kepada-Nya; sebagaimana jauhnya timur dari barat, begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita. Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak, demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya
Baca Mazmur 103
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 103:7-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video