Hai anakku, perhatikanlah ucapanku, arahkanlah telingamu kepada kata-kataku. Jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu, simpanlah segalanya itu dalam hatimu. Kerana sesiapa menemukannya memperoleh hidup dan kesembuhan bagi seluruh tubuhnya. Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan. Buanglah penipuan daripada mulutmu, dan jauhkanlah bibir mungkar daripadamu. Hendaklah matamu memandang ke hadapan, dan tatapanmu lurus ke arah di depanmu. Ratakanlah jalan bagi kakimu, pastikan segala jalanmu akan teguh. Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri; jauhkanlah kakimu daripada kejahatan.
Baca Amsal 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 4:20-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video