Jauhilah orang bodoh, kerana pada bibirnya tidak akan kautemukan pengetahuan. Hikmah orang bijaksana adalah memahami jalan hidupnya, tetapi kebodohan orang tolol adalah tipu daya. Orang bodoh mencemuh korban yang menebus kesalahan, tetapi kebajikan terdapat dalam kalangan yang tulus hati. Hati mengetahui kepahitannya sendiri, dan kegembiraannya tidak dapat turut dirasakan orang lain. Rumah orang durjana akan musnah, tetapi khemah orang yang jujur akan berkembang maju. Ada jalan yang dianggap orang lurus, tetapi akhirnya menuju maut. Dalam tertawa pun hati dapat berasa sakit, dan kesukaan dapat berakhir dengan duka. Orang yang hatinya menyeleweng akan mendapat balasan untuk jalannya sendiri, dan orang yang baik untuk perbuatannya. Orang yang betul bendul mempercayai segala-galanya, tetapi orang bijaksana mempertimbangkan gerak langkahnya. Orang bijaksana berwaspada dan menghindari kejahatan, tetapi orang bodoh bongkak dan ceroboh.
Baca Amsal 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 14:7-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video