Hai anakku, jika orang berdosa memujukmu, jangan turuti. Jika mereka berkata, “Ikutlah kami! Mari kita menghendap demi menumpahkan darah; mari kita serang hendap orang yang tidak bersalah tanpa sebarang sebab; mari kita menjadi bak alam barzakh dan menelan mereka hidup-hidup, bulat-bulat, seperti orang yang turun ke liang lahat; kita akan mendapat segala macam benda berharga, kita akan memenuhi rumah kita dengan barang rampasan; buanglah undimu ke tengah-tengah kami; kita kongsi bersama-sama segala yang kita samun!” Hai anakku, jangan ikut perilaku mereka; jauhkan kakimu dari jalan-jalan mereka, kerana kaki mereka cuma meluru menuju kejahatan, dan mereka bergegas kerana mahu menumpahkan darah.
Baca Amsal 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 1:10-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video