Kata Musa kepada TUHAN, “Biarlah TUHAN, Allah atas roh semua manusia, melantik daripada umat ini seorang yang akan memimpin pergerakan mereka dan yang akan membawa mereka keluar masuk, supaya jangan umat TUHAN seperti domba-domba yang tidak bergembala.” Firman TUHAN kepada Musa, “Panggillah Yosua anak Nun, seorang yang penuh dengan Roh, lalu letakkanlah tanganmu atasnya. Setelah itu, hadapkanlah dia kepada Imam Eleazar dan kepada seluruh umat, lalu berilah amanat kepadanya di hadapan mata mereka. Kamu pun harus memberinya sebahagian daripada kewenanganmu, supaya seluruh umat Israel mentaatinya. Hendaklah dia berdiri di depan Imam Eleazar yang akan menanyakan petunjuk baginya melalui keputusan Urim di hadapan TUHAN. Atas kata-kata imam itu, mereka akan keluar dan atas kata-kata imam itu, mereka akan masuk baik Yosua mahupun semua orang Israel, iaitu seluruh kalangan umat itu.”
Baca Bilangan 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Bilangan 27:15-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video