untuk memberontak dan melawan Musa dengan disertai dua ratus lima puluh orang ternama daripada orang Israel, iaitu para pemimpin umat yang dipilih oleh jemaah. Maka berhimpunlah mereka menentang Musa dan Harun. Kata mereka kepada kedua-duanya, “Kamu sudah berlebih-lebihan! Sesungguhnya, seluruh umat memang orang suci, dan TUHAN hadir di tengah-tengah mereka. Mengapakah kamu meninggikan diri terhadap jemaah TUHAN?” Apabila Musa mendengar hal itu, disembamkan mukanya ke tanah. Lalu katanya kepada Korah dan seluruh pengikutnya, “Esok pagi TUHAN akan memberitahukan siapa milik-Nya dan siapa yang suci, kemudian Dia akan mengizinkan orang yang dipilih-Nya itu untuk mendekat kepada-Nya. Buatlah begini: wahai Korah dan seluruh pengikutnya, pada esok hari ambillah perdupaan, lalu di hadapan TUHAN letaklah api di dalamnya dan dupa di atasnya. Orang yang dipilih TUHAN, dialah yang suci. Kamu sudah terlanjur, wahai bani Lewi!”
Baca Bilangan 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Bilangan 16:2-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video