Ketika musuh kami mendengar bahawa kami sudah mengetahui hal itu dan bahawa Allah telah menggagalkan rancangan mereka, maka kami semua dapat kembali ke tembok dan ke bahagian pekerjaan kami masing-masing. Sejak hari itu sebahagian daripada anak buahku bekerja dan sebahagian yang lain memegang tombak, perisai, busur panah, serta berbaju zirah, sedangkan para pemimpin menempatkan diri di belakang seluruh keturunan kaum Yehuda yang membina semula tembok. Orang yang memikul serta mengangkut beban melakukan pekerjaannya dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan yang lain memegang senjata. Dan setiap pembina yang melaksanakan pembinaan semula menyandang pedang di pinggang masing-masing sambil bekerja, sementara orang yang meniup nafiri ada di sisiku.
Baca Nehemia 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Nehemia 4:15-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video