Selepas itu, Yesus makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan orang berdosa mengikut Yesus dan ramai antara mereka turut makan bersama Yesus serta murid-murid-Nya. Ahli Taurat daripada golongan Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para murid Yesus, “Mengapa Dia makan bersama pemungut cukai dan ‘orang berdosa’?” Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa.”
Baca Markus 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 2:15-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video