Apabila mendengar bahawa Yohanes telah dipenjarakan, Yesus pun pergi ke Galilea. Dia tidak tinggal di Nazaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir Laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. Dengan demikian terlaksanalah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya: “Tanah Zebulon, Tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing. Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut, cahaya telah bersinar!” Yesus pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!” Ketika Yesus berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia ternampak dua orang saudara, iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas. Mereka sedang menebarkan jala di danau kerana mereka nelayan. Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan.” Dengan serta-merta mereka meninggalkan jala mereka dan mengikut-Nya. Sejurus berjalan dari sana, Yesus ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yohanes bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Yesus memanggil dua beradik itu. Seketika itu juga mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikut Yesus.
Baca Matius 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 4:12-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video