Pada masa itu Yohanes Pembaptis menyampaikan berita ini di gurun di Yudea. Dia berseru, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!” Yohaneslah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yesaya: “Suara seorang berseru di gurun: ‘Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan untuk-Nya.’ ” Pakaian Yohanes diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu gurun. Orang dari Yerusalem, seluruh Yudea dan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang mendapatkan Yohanes. Mereka mengakui dosa mereka lalu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan.
Baca Matius 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 3:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video