Selepas hari Sabat, ketika fajar menyingsing pada hari pertama minggu itu, Maria Magdalena dan Maria yang seorang lagi pergi melihat makam Yesus. Tiba-tiba terjadi gempa bumi yang hebat, kerana seorang malaikat Tuhan turun dari syurga lalu menggulingkan batu yang menutup makam itu dan duduk di atasnya. Wajahnya laksana kilat dan pakaiannya seputih salji. Para pengawal menggeletar ketakutan apabila melihatnya, lalu menjadi seperti orang mati.
Baca Matius 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 28:1-4
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video