Setelah siang, semua ketua imam dan tua-tua berpakat untuk membunuh Yesus. Mereka menyuruh orang mengikat-Nya. Kemudian mereka membawa-Nya lalu menyerahkan-Nya kepada gabenor, Pontius Pilatus. Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat bahawa Yesus telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali perbuatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua. Yudas berkata, “Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darah orang yang tidak bersalah.” Kata mereka, “Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!”
Baca Matius 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 27:1-4
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video