Apabila mereka sudah berhampiran Yerusalem, di Betfage, di Bukit Zaitun, Yesus mengutus dua orang murid, kata-Nya, “Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Kamu akan terus melihat seekor keldai tertambat, serta anaknya. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku. Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya.’ Dia akan terus memulangkannya.” Dengan demikian terlaksanalah apa yang dikatakan oleh nabi: “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.’ ” Kedua-dua orang murid Yesus itu pun pergi menjalankan segala yang disuruh-Nya. Mereka membawa keldai itu bersama anak keldainya lalu mengalas keldai itu dengan jubah mereka. Yesus pun duduk di atasnya. Ramai orang membentangkan jubah di atas jalan manakala yang lain memotong ranting-ranting pokok dan menyelerakkannya di jalan.
Baca Matius 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 21:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video