Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. Lelaki itu berkata, “Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!” Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta. Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, “Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?” Yesus menjawab, “Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, ‘Beralihlah ke situ!’ maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu. Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.”
Baca Matius 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 17:14-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video