Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi. Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. Elia dan Musa muncul pula di hadapan mereka lalu bercakap dengan Yesus. Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, baik sekali kami ada di sini. Kalau Engkau mahu, biar kudirikan tiga buah khemah; satu untuk Engkau, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.” Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!” Mendengar suara itu, para murid Yesus ketakutan lalu meniarap di tanah. Yesus datang menyentuh mereka sambil berkata, “Bangunlah. Jangan takut.” Apabila mereka menengadah ke atas, mereka tidak melihat sesiapa pun selain Yesus.
Baca Matius 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 17:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video