“Keras dan angkuh kata-katamu terhadap Aku,” firman TUHAN. “Tetapi kamu bertanya, ‘Bagaimanakah kata-kata kami keras dan angkuh terhadap Engkau?’ ” “Kamu berkata, ‘Sia-sia sahaja beribadat kepada Allah! Apa untungnya kita mentaati dan melaksanakan kewajipan kita terhadap-Nya dan berjalan seperti orang yang berkabung di hadapan TUHAN alam semesta? Sekarang, kita menyebut orang yang angkuh sebagai orang yang berbahagia. Ya, orang yang melakukan kefasiqan hidup makmur, bahkan mereka selamat juga setelah menguji Allah!’ ” Kemudian orang yang takut kepada TUHAN berbicara antara satu sama lain. TUHAN memperhatikan dan mendengarkannya, lalu sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN dan yang memuliakan nama-Nya. “Mereka akan menjadi milik-Ku,” firman TUHAN alam semesta, “pada waktu Aku membuat mereka menjadi harta kesayangan-Ku. Aku akan menyayangi mereka seperti seseorang menyayangi anaknya yang menuruti perintahnya. Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.”
Baca Maleakhi 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Maleakhi 3:13-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video