Yesus menceritakan suatu ibarat kepada mereka: “Tengoklah pokok ara dan segala pokok kayu yang lain! Apabila pokok itu mengeluarkan tunas, kamu tahu musim panas hampir tiba. Demikian juga apabila kamu melihat segala perkara ini terjadi, ketahuilah bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.” “Berjaga-jagalah agar hatimu tidak dibeban dengan kesia-siaan dan kemabukan serta soal-soal hal hidup sehingga kamu tidak bersedia menghadapi hari itu yang datang dengan tidak disangka-sangka. Hari itu akan datang seperti perangkap bagi semua manusia di seluruh muka bumi ini. Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.” Pada siang hari Yesus mengajar di dalam Bait Suci. Pada waktu malam Dia keluar dari kota itu dan bermalam di udara lapang di Bukit Zaitun. Pada pagi-pagi lagi orang ramai pergi ke Bait Suci untuk mendengar Dia.
Baca Lukas 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 21:29-38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video