Maria berkata, “Jiwaku meninggikan Tuhan; rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku, kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku. Sucilah Nama-Nya. Dia mengasihani mereka yang takut akan Dia, daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya; Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak dalam pemikiran mereka. Dia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka dan mengangkat tinggi orang yang hina; Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala yang baik tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan kosong. Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Abraham dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.”
Baca Lukas 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 1:46-55
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video