Kepada yang dihormati Teofilus, Ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam kalangan kita sebagaimana yang diberitahu kepada kita oleh saksi-saksi pertama dan pemberita Firman dari awalnya. Oleh sebab aku telah mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya, aku berfikir eloklah aku mengarang cerita-Nya dengan teratur untuk tuan Teofilus. Aku berbuat demikian supaya tuan tahu dengan pastinya perkara-perkara yang telah diajarkan kepada tuan. Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea, ada seorang imam bernama Zakharia daripada golongan Abia. Isterinya, Elisabet, daripada keturunan Harun. Kedua-duanya orang yang benar di hadapan Allah, dan mengikut segala perintah serta ketetapan Tuhan dengan sepenuhnya. Tetapi mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul, dan kedua-duanya pun telah lanjut usia.
Baca Lukas 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 1:1-7
12 Days
Over the next 12 days, we’re going to take a journey through the Christmas story and discover not only why it’s the greatest story ever told, but also how Christmas is truly for everyone!
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video