Mereka membakar habis kota itu dan segala isinya. Hanya, perak dan emas serta perkakas-perkakas daripada tembaga dan besi mereka simpan di dalam perbendaharaan Bait TUHAN. Rahab, pelacur itu, dengan kaum keluarganya dan semua orang yang ada bersama-samanya dibiarkan hidup oleh Yosua. Dia tinggal dalam kalangan orang Israel sampai hari ini, kerana dia telah menyembunyikan para utusan yang diutus Yosua untuk mengintip Yerikho. Pada waktu itu Yosua mengisytiharkan sumpahannya, katanya, “Terkutuklah di hadapan TUHAN orang yang bangun untuk membina semula Kota Yerikho ini. Dengan nyawa anaknya yang sulung dia akan meletakkan asasnya, dan dengan nyawa anaknya yang bongsu dia akan mendirikan pintu gerbangnya.” Demikianlah TUHAN menyertai Yosua, dan kemasyhurannya tersiar di seluruh negeri itu.
Baca Yosua 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yosua 6:24-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video