Setelah kematian Musa, hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa, “Hamba-Ku Musa telah mati. Sekarang, segeralah engkau dan seluruh bangsa ini menyeberangi Sungai Yordan untuk menuju negeri yang Kukurniakan kepada mereka, iaitu kepada orang Israel. Setiap tempat yang akan dipijak oleh telapak kakimu telah Kukurniakan kepadamu, seperti yang Kufirmankan kepada Musa. Daerahmu akan terbentang dari gurun dan dari Gunung Lebanon ini sampai sungai besar, iaitu Sungai Efrat — seluruh negeri orang Het — sampai Laut Besar, di arah matahari terbenam. Tidak ada seorang pun akan dapat bertahan menghadapi engkau seumur hidupmu. Sebagaimana dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau. Aku tidak akan menterlantarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau. Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu kerana engkau akan memimpin bangsa ini mewarisi negeri seperti yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka untuk dikurniakan kepada mereka.
Baca Yosua 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yosua 1:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video