Khabar tentang segala malapetaka yang menimpa Ayub itu terdengar oleh ketiga-tiga orang sahabatnya, iaitu Elifas orang Teman, Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama. Maka mereka pun bermuafakat dan bersiap untuk pergi dari tempat masing-masing untuk berdukacita bersama-sama dia serta menyenangkan hatinya. Ketika mereka memandang dia dari jauh dan tidak dapat mengenalinya lagi, menangislah mereka dengan suara yang nyaring. Mereka mengoyakkan jubah masing-masing dan menghamburkan debu ke langit, ke atas kepala mereka. Kemudian mereka duduk di tanah bersama-samanya selama tujuh hari tujuh malam. Tidak ada seorang pun yang mengucapkan sepatah kata jua kepadanya, kerana mereka melihat betapa berat sekali penderitaannya.
Baca Ayub 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ayub 2:11-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video