Simon Petrus dan seorang murid lain ikut serta apabila Yesus dibawa pergi. Oleh sebab murid lain ini dikenali oleh imam besar, dia masuk bersama Yesus ke halaman rumah imam besar. Petrus menanti di luar, di hadapan pintu. Sejurus kemudian, murid lain yang mengenal imam besar itu keluar semula, bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk. Kemudian hamba perempuan penjaga pintu itu berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu seorang daripada murid orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan.” Hamba dan pegawai berdiri di situ setelah menyalakan api kerana pada masa itu hawa sejuk. Mereka sedang berdiang di situ. Petrus pun berdiri di situ dan berdiang bersama mereka.
Baca Yohanes 18
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 18:15-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video