“Aku telah mengatakan semua ini kepadamu secara kiasan. Tetapi akan sampai ketikanya Aku tidak lagi menggunakan kiasan; Aku akan berterus terang kepadamu tentang Bapa. Pada hari itu, kamu akan meminta dalam nama-Ku. Aku tidak berkata Aku akan meminta kepada Bapa bagi pihakmu. Bapa sendiri mengasihimu, kerana kamu mengasihi-Ku dan percaya Aku datang daripada Bapa. Aku memang berasal daripada Bapa dan datang ke dunia. Tetapi sekarang Aku meninggalkan dunia ini dan pulang semula kepada Bapa.” Para murid-Nya berkata, “Sekarang barulah Tuhan bercakap terus terang, tanpa menggunakan kiasan. Sekarang kami faham bahawa Engkau mengetahui segala-galanya dan sesiapa pun tidak perlu lagi bertanya apa-apa kepada-Mu. Oleh itu, kami percaya bahawa Engkau datang daripada Allah.” Yesus berkata kepada mereka, “Percayakah kamu sekarang? Saatnya akan datang, malah sudah pun sampai, ketika kamu akan bertempiaran. Kamu akan menjaga diri masing-masing, dan meninggalkan Aku keseorangan. Tetapi sebenarnya Aku tidaklah keseorangan, kerana Bapa bersama-Ku. Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”
Baca Yohanes 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 16:25-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video