kerana mereka telah melakukan kekejian di Israel. Mereka telah berzina dengan isteri jiran mereka dan telah mengucapkan perkataan dusta atas nama-Ku — hal yang tidak pernah Kuperintahkan kepada mereka. Aku mengetahuinya dan menjadi saksinya,’ demikianlah firman TUHAN.” Katakanlah kepada Semaya, orang Nehelam itu, “Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Engkau telah mengirim surat atas namamu sendiri kepada seluruh rakyat yang ada di Yerusalem, kepada Imam Zefanya anak Maaseya, dan kepada semua imam, mengatakan: TUHAN telah mengangkat engkau, Zefanya, menjadi imam untuk menggantikan Imam Yoyada, supaya engkau menjadi pengawas di Bait TUHAN. Setiap orang yang gila dan yang mengaku diri sebagai nabi harus kaumasukkan ke dalam pasungan dan belenggu.
Baca Yeremia 29
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yeremia 29:23-26
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video