Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil. Saudara-saudaraku, jika seorang dalam kalanganmu tersesat daripada jalan kebenaran, lalu yang lain memimpinnya kembali kepada Allah, ingatlah ayat ini: Sesiapa memimpin seorang yang berdosa kembali daripada jalan yang salah, maka dia menyelamatkan roh orang yang berdosa itu daripada kematian dan menutupi banyak dosa.
Baca Yakobus 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yakobus 5:17-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video