Apabila orang berkata kepada kamu, “Carilah petunjuk daripada para pemanggil arwah serta para ahli sihir yang meracau dan terkumat-kamit,” maka jawablah, “Bukankah sesuatu bangsa patut meminta petunjuk daripada Allah mereka? Patutkah petunjuk untuk orang yang hidup dicari mereka daripada orang yang mati?” Carilah hukum Taurat dan peringatan Ilahi! Jika mereka tidak berbicara selaras dengan perkataan ini, maka bagi mereka tidak ada cahaya fajar. Mereka akan melintasi negeri itu dengan susah payah dan kelaparan. Apabila mereka lapar, mereka akan marah dan mengutuk raja serta Allah mereka sambil menengadah ke langit. Kemudian mereka akan memandang ke bumi, dan tampaklah kesesakan serta kegelapan, iaitu kesuraman yang menyesakkan. Lalu mereka akan dihalau ke dalam kekelaman.
Baca Yesaya 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 8:19-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video