Yesaya 55:6-12

Imej Ayat untuk Yesaya 55:6-12

Yesaya 55:6-12 - Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui,
berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat.
Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya
dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya.
Hendaklah dia kembali kepada TUHAN,
maka Dia akan mengasihaninya,
dan kepada Allah kita,
kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya.
“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu
dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,”
demikianlah firman TUHAN.
“Setinggi langit di atas bumi,
demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu
dan rancangan-Ku daripada rancanganmu.
Seperti hujan dan salji turun dari langit
dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi,
membuatnya berbuah dan bertunas,
memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan,
demikianlah firman yang Kusampaikan:
ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia
melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki
dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.
Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita
dan akan dibimbing dengan damai.
Gunung-gunung dan bukit-bukit
akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu,
dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan.Yesaya 55:6-12 - Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui,
berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat.
Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya
dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya.
Hendaklah dia kembali kepada TUHAN,
maka Dia akan mengasihaninya,
dan kepada Allah kita,
kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya.
“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu
dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,”
demikianlah firman TUHAN.
“Setinggi langit di atas bumi,
demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu
dan rancangan-Ku daripada rancanganmu.
Seperti hujan dan salji turun dari langit
dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi,
membuatnya berbuah dan bertunas,
memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan,
demikianlah firman yang Kusampaikan:
ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia
melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki
dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.
Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita
dan akan dibimbing dengan damai.
Gunung-gunung dan bukit-bukit
akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu,
dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan.