Jangan takut, kerana engkau tidak akan mendapat malu. Jangan berasa tercela, kerana engkau tidak akan dihina. Engkau akan melupakan aib semasa mudamu, dan cela kejandaanmu tidak akan kauingat lagi. Sesungguhnya, Dia yang menjadikan engkau seperti suami bagimu, TUHAN alam semesta ialah nama-Nya. Penebusmu ialah Yang Maha Suci, Allah Israel. Dia disebut Allah semesta bumi. TUHAN memanggil engkau seperti memanggil isteri yang ditinggalkan dan yang bersusah hati, iaitu isteri yang dikahwin pada masa muda tetapi kemudian ditolak,” demikianlah firman Allahmu. “Seketika sahaja Aku meninggalkan engkau, tetapi dengan kasih sayang yang besar Aku akan mengumpulkan engkau. Dalam luapan murka-Ku Aku menyembunyikan hadirat-Ku daripadamu seketika sahaja, tetapi dengan kasih yang kekal Aku mengasihani engkau,” demikianlah firman TUHAN, Penebusmu.
Baca Yesaya 54
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 54:4-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video