“Ya TUHAN alam semesta, Allah Israel yang bersemayam di atas malaikat-malaikat kerubin! Hanya Engkaulah Allah atas segala kerajaan di bumi. Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi. Berikanlah perhatian, ya TUHAN, dan dengarlah. Sudilah memandang, ya TUHAN, dan lihatlah. Dengarlah semua kata Sanherib yang telah dikirimnya untuk mencela Allah yang hidup. Ya TUHAN, memang benar bahawa raja-raja Asyur telah memusnahkan semua bangsa dan negeri mereka serta mencampakkan tuhan mereka ke dalam api. Hal ini demikian kerana semuanya itu bukanlah Tuhan, melainkan buatan tangan manusia, kayu dan batu, sehingga dapat dibinasakan. Sekarang ya TUHAN, Allah kami, selamatkanlah kami daripada tangannya, supaya semua kerajaan di bumi tahu bahawa hanya Engkaulah TUHAN.”
Baca Yesaya 37
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 37:16-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video