Apabila kamu datang menghadap hadirat-Ku, siapakah yang menuntut hal itu daripadamu sehingga kamu menginjak-injak halaman rumah-Ku? Jangan lagi membawa persembahan yang sia-sia. Dupamu itu keji bagi-Ku, begitu pula perayaan bulan baru, hari Sabat, dan penghimpunan jemaahmu. Aku tidak mahu terus melihat perayaanmu yang bergelumang dengan dosa itu. Hati-Ku membenci perayaan bulan-bulan baru dan hari-hari perayaanmu. Semua itu menyusahkan bagi-Ku, Aku tidak boleh bersabar lagi. Apabila kamu menadahkan tanganmu untuk berdoa, Aku akan mengalihkan pandangan-Ku daripadamu. Bahkan sekalipun kamu menggandakan doamu, Aku tidak mahu mendengar. Tanganmu berlumuran darah. Basuhlah, bersihkanlah dirimu! Jauhkanlah perbuatanmu yang jahat daripada pandangan-Ku. Berhentilah berbuat jahat, belajarlah berbuat baik. Tuntutlah keadilan, tegurlah orang yang zalim. Belalah hak anak-anak yatim, perjuangkanlah hak-hak balu. Marilah kita berperkara,” demikianlah firman TUHAN. “Sekalipun dosa-dosamu seperti kain merah tua, semuanya akan menjadi putih seperti salji; sekalipun merah seperti kesumba, semuanya akan menjadi seperti bulu domba.
Baca Yesaya 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 1:12-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video