Pastikan kasih persaudaraan berpanjangan. Jangan lupa meraikan orang asing, kerana dengan berbuat demikian ada orang yang telah meraikan para malaikat tanpa mengetahuinya. Ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu. Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua, dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Allah akan menghukum penzina baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya. Jagalah hidupmu supaya jangan menjadi pencinta wang; kamu harus berasa cukup dengan apa yang ada padamu. Dia sendiri telah berjanji: “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.” Oleh itu, kita boleh berkata dengan bersemangat: “Tuhan Penolongku; Aku tidak akan takut. Apa yang dapat dilakukan manusia kepadaku?” Ingatlah mereka yang menjadi ketuamu yang telah menyampaikan firman Allah kepadamu. Teladani iman mereka, perhatikan hasil jalan hidup mereka.
Baca Ibrani 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 13:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video