Bumi bergoyang tatkala Dia berdiri; gempar segala bangsa apabila Dia memandang. Berkecai pecahnya gunung-gunung yang abadi, dan robohlah bukit-bukit purbakala. Jalan-jalan yang kekal abadi itulah jalan-Nya.
Baca Habakuk 3
Kongsi
Ketika aku mendengarnya, gementarlah jiwa ragaku, bergetar bibirku mendengar bunyinya. Kereputan menulari seluruh anggotaku tewas kakiku lalu kurebah di tempatku. Namun dengan tenang akan kunantikan hari kesesakan, yang akan mendatangi bangsa yang bergerombol menyerang kami. Sekalipun pokok ara tidak berbunga dan pokok anggur tidak berbuah, biarpun hasil pokok zaitun mengecewakan dan ladang tidak menghasilkan bahan makanan, sekalipun domba ghaib daripada kurungannya dan tidak ada lembu di dalam kandang, aku akan bersuka ria kerana TUHAN dan bergembira kerana Allah yang menyelamatkan aku. ALLAH Tuhan kekuatanku. Dia membuat kakiku melangkah seperti kaki rusa, dan melancarkan jejakku di tempat-tempatku yang tinggi. (Untuk pemimpin biduan dengan alat muzik bertali).
Bandingkan Semua Versi: Habakuk 3:6, 16-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video