Inilah riwayat Nuh. Dalam kalangan yang sezaman dengannya, Nuh seorang yang benar dan tidak tercela. Dia hidup akrab dengan Allah. Nuh dikurniai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Pada ketika itu, bumi sudah hancur di hadapan Allah dan penuh dengan keganasan. Allah mengamati bumi, dan sesungguhnya betapa hancurnya bumi kerana kehidupan semua manusia bergelumang dengan dosa. Maka berfirmanlah Allah kepada Nuh, “Aku telah menetapkan bahawa kesemua makhluk yang hidup mesti mati kerana bumi ini penuh dengan keganasan akibat perbuatan mereka. Sesungguhnya, Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama bumi ini. Maka kamu perlu membuat sebuah bahtera daripada kayu sipres. Buatlah bilik-bilik di dalam bahtera itu yang mesti dilapisi dengan gegala di bahagian luar dan dalamnya. Kamu mesti membuat bahtera itu mengikut ukuran ini: Panjangnya 300 hasta, lebarnya 50 hasta, dan tingginya 30 hasta. Buatlah lubang cahaya bagi bahtera itu dan semua binaan mesti ada ruang sehasta dari bahagian tertinggi bahtera. Pasang pintu bahtera pada rusuknya. Buatlah bahtera itu bertingkat bawah, tengah, dan atas. Ketahuilah, Aku akan mendatangkan banjir untuk melanda bumi demi memusnahkan semua makhluk yang bernyawa di bawah langit dan semua hidupan di bumi akan mati. Akan tetapi, Aku mengikat perjanjian-Ku dengan kamu. Kamu berserta anak-anakmu, isterimu, dan isteri anak-anakmu akan masuk ke dalam bahtera itu.
Baca Kejadian 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 6:9-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video