Namun begitu, TUHAN melihat kejahatan manusia besar di bumi, dan segala hasrat dan kecenderungan hati mereka sentiasa tertumpu pada kejahatan sahaja. Maka menyesallah TUHAN kerana Dia telah menjadikan manusia di bumi dan hal itu mendukakan hati-Nya. Berfirmanlah TUHAN, “Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi — manusia dan juga haiwan, termasuk haiwan yang melata, dan burung-burung di udara — kerana hati-Ku kesal bahawa Aku telah menjadikan kesemuanya.”
Baca Kejadian 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 6:5-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video