Namun demikian, Kain berkata kepada Habel, adiknya, “Mari kita pergi ke ladang.” Semasa kedua-duanya berada di ladang, Kain menyerang Habel, adiknya, lalu membunuhnya. Maka berfirmanlah TUHAN kepada Kain, “Di manakah Habel, adikmu itu?” Jawabnya, “Aku tidak tahu! Adakah aku ini penjaga adikku?” Firman-Nya, “Apakah yang telah kamu lakukan? Dari bumi itu, darah adikmu itu berseru-seru kepada-Ku! Sekarang, terkutuklah kamu, terbuang jauh dari tanah yang telah membuka mulutnya untuk menerima darah adikmu yang ditumpahkan tanganmu. Apabila engkau mengerjakan tanah itu, maka tanah itu tidak akan lagi memberikan hasil sepenuhnya kepadamu. Engkau akan menjadi seorang pengembara dan pelarian di bumi.” Kata Kain kepada TUHAN, “Hukumanku itu terlalu berat dan tidak tertanggung olehku. Sesungguhnya, pada hari ini Engkau mengusir aku dari tanah ini maka aku perlu bersembunyi daripada hadirat-Mu dan akan menjadi seorang pengembara serta pelarian di bumi. Kelak sesiapa yang bertemu denganku akan membunuhku.” Firman TUHAN kepadanya, “Tidak demikian! Sesiapa yang membunuh Kain akan menerima balasan tujuh kali lipat ganda.” Lantas TUHAN meletakkan tanda khusus pada Kain supaya dia tidak dibunuh oleh sesiapa pun yang bertemu dengannya. Maka pergilah Kain dari hadirat TUHAN lalu tinggal di Tanah Nod, di sebelah timur Eden.
Baca Kejadian 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 4:8-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video